KUALA LUMPUR: Tiada pengenaan fi kepada anggota Badan Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan (BPS) di bawah Seksyen 23, 24, 29 dan 31 di bawah Akta Profesion Guaman Syarie 2019 (Akta 814) bagi tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Nai'm Mokhtar.
Mohd Na'im berkata ini kerana kajian lanjut penetapan fi itu masih berjalan dan belum ada keputusan mengenainya dibuat.
"Bagi 2024 dan seterusnya, perkara ini akan ditentukan setelah kajian lanjut tersebut dibuat serta perbincangan dengan pihak-pihak yang berkepentingan diadakan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Akta 814 mula berkuat kuasa pada 21 Jun tahun lepas yang memperuntukkan fi dan caj boleh dikenakan ke atas anggota BPS.
Ia termasuk yuran tahunan dan levi di bawah Seksyen 47 Akta 814 yang kena dibayar kepada Badan Peguam Syarie dan beberapa fi lain di bawah Seksyen 23, 24, 29 dan 31 Akta 814 yang kena dibayar kepada Ketua Pendaftar.
Sementara itu, Mohd Nai'm berkata beliau prihatin dengan kebajikan peguam syarie khususnya dalam era pascapandemik yang menyaksikan bahawa profesion guaman syarie berkenaan masih belum pulih sepenuhnya.
"Saya juga mendapat maklum balas dan pandangan daripada Majlis Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan (MPSWP), Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan Jabatan Peguam Negara berkenaan dengan isu fi dan caj ini.
"Sehubungan dengan itu, saya berpandangan bahawa perlunya kajian lanjut dilaksanakan oleh pihak-pihak dengan mengambil kira amalan yang dilaksanakan oleh mahkamah sivil dan Majlis Peguam berhubung pengurusan peguam bela dan peguam cara sebelum apa-apa ketetapan melibatkan pengenaan fi dibuat," katanya.
Menurutnya perkara tersebut penting agar sebarang keputusan berhubung penetapan fi dapat dibuat dengan adil serta bebanan kepada mana-mana pihak dapat dielak.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 27 2023
Mohd Nai'm berkata beliau prihatin dengan kebajikan peguam syarie khususnya dalam era pascapandemik yang menyaksikan bahawa profesion guaman syarie berkenaan masih belum pulih sepenuhnya. - Fail/BERNAMA
[TERKINI] Pendaki Malaysia maut ketika daki gunung tertinggi Amerika Utara
Seorang daripada tiga pendaki Malaysia maut ketika mendaki Gunung Denali, Alaska yang merupakan puncak tertinggi di Amerika Utara.
Hamas perlu terima cadangan Biden demi keamanan - Menteri Luar UK
Selain Biden, Menteri Luar UK, David Cameron membawa nada yang sama bahawa Hamas mesti menerima cadangan perang Gaza yang diumumkan Presiden Amerika bagi pihak Israel.
Hamas bersedia berurusan secara positif dengan Israel
Hamas dalam satu kenyataan mengesahkan kesediaannya untuk berurusan secara positif terhadap kandungan cadangan gencatan senjata kekal tiga fasa yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.
KBS lulus RM846,000 bagi enam kejohanan Muay Thai
MIMAC yang sedang berlangsung bermula semalam hingga esok, turut menerima GPS sebanyak RM200,000 daripada KBS.
AWANI Pagi: Memahami akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan (pindaan) 2022
Diskusi 8.30 pagi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy, untuk memahami pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 pada 2022 yang akan berkuatkuasa hari ini, bagi menjamin keselamatan pekerja.
Ahmad Zahid ucap selamat ulang tahun BN ke-50
BN dibentuk oleh Abdul Razak pada 1 Jun 1974 yang merupakan Perdana Menteri serta Presiden UMNO ketika itu.
Neville nasihat Manchester United kekalkan Ten Hag
Khabar angin bertiup sejak beberapa bulan lalu bahawa Ratcliffe dan INEOS bakal memutuskan untuk memecat Ten Hag selepas EPL berakhir.
Pendaki Malaysia maut di gunung tertinggi Amerika Utara
Zulkifli Yusuf disahkan meninggal pada jam 6 pagi Rabu semasa berlindung di gua salji di kawasan yang dikenali sebagai 'football field'.
Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari - KP Selangor
Perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.
Islam ada kejutan buat Poirier
UFC 302 yang berlangsung di Newark, New Jersey, pada Ahad turut menyaksikan 'kepulangan' Khabib Nurmagomedov ke Oktagon.
Pendaftaran dalam talian dan fi diperkenalkan atasi kesesakan di Gunung Fuji
Wilayah itu menerima maksimum 4,000 pendaki sehari, 3,000 slot disediakan untuk tempahan secara dalam talian.
Tiada fi kepada anggota badan peguam syarie Wilayah Persekutuan bagi 2023 - Menteri Agama
Tiada pengenaan fi kepada anggota Badan Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan (BPS) di bawah Seksyen 23, 24, 29 dan 31 di bawah Akta Profesion Guaman Syarie 2019 (Akta 814) bagi tahun ini, kata Me
Akta 795 lindung sumber biologi negara daripada 'biopiracy'
Penguatkuasaan itu secara langsung dapat membanteras 'biopiracy' iaitu sumber biologi negara diambil dan dibangunkan tanpa izin sehingga negara tidak mendapat apa-apa faedah daripadanya.
Tindakan akan diambil jika terdapat elemen monopoli perkhidmatan e-hailing
Tindakan lanjut boleh diambil jika monopoli tersebut menyalahgunakan kedudukannya seperti termaktub di bawah Seksyen 10 Akta Persaingan 2010.
PKNP diarah tolak usul bayar fi dan imbuhan pengarah PCB - MB Perak
Sebagai Pengerusi PKNP, yang memiliki saham majoriti dalam kumpulan PCB, saya mengarahkan PKNP menolak semua usul itu atas kepentingan negeri Perak dan rakyatnya.
Bajet 2018: Ambil pembantu rumah asing tanpa melalui ejen
Kerajaan kini memberi pilihan kepada majikan untuk mengambil pembantu rumah asing secara langsung dari sembilan negara sumber tanpa melalui ejen.